Friday, 17 March 2017

// NCD KENA TOLAK BILA CLAIM CERMIN //

// NCD KENA TOLAK BILA CLAIM CERMIN //
" Kawan saya claim untuk windscreen (cermin) elok jer. Kenapa bila saya yang claim kena tolak NCD? Sayang laa NCD saya. ðŸ˜­ðŸ˜­ðŸ˜­"
Kenapa perkara ini terjadi?
⭐️ Kawan awak ada ambil windscreen coverage dan awak tak ambil coverage tu. Memang itulah yang terjadi.
Apa itu windscreen coverage?
⭐️ Bila cermin kereta pecah disebabkan terkena batu, terkena pokok ke, kos baikpulih cermin tu akan dicover oleh company insurans tanpa kita membayar satu sen pun.
Mahal ke bayar windscreen coverage?
⭐️ Ianya bergantung kepada jenis kereta yang anda pakai. Kalau pakai myvi selalunya lebih kurang RM95 sahaja. Kalau pakai alphard, main ratus ratus sikit.
Macam mana coverage tu ya?
⭐️ Contohnya macam nie :
👉 Kereta myvi bayar RM95 untuk coverage RM600
👉 Kereta Alphard bayar RM400 untuk coverage RM2500
Bayar tiap tiap bulan ke macam mana?
⭐️ Bayar setahun sekali sahaja.

No comments:

Post a Comment