Alamak!!
Windscreen pecah??
Windscreen retak??
Apa nak buat nii??
Jangan panik kawan-kawan..semua boleh settle InsyaAllah.
Pertama sekali anda mesti tahu apa itu 'windscreen'?
Windscreen adalah cermin menahan angin atau lebih dikenali sebagai cermin hadapan.
Dalam Takaful kenderaan, terdapat satu manfaat yang dinamakan perlindungan windscreen.
Ianya meliputi cermin sisi, cermin belakang juga dalam manfaat ini. Ini bermaksud sekiranya cermin tersebut pecah atau retak, pihak Syarikat Takaful akan memberikan perlindungan terhadap kos pembaikan tersebut.
PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA CERMIN ANDA PECAH ATAU RETAK :
Semak kembali polisi anda untuk tahu sama ada anda ada ambil manfaat perlindungan windscreen atau tidak.
- Sekiranya ADA, anda boleh membuat tuntutan dengan dua cara ini
Yang pertama : Anda boleh pergi ke mana-mana bengkel panel syarikat Takaful anda dan buat tuntutan disitu. Bengkel tersebut akan membaik pulih cerrmin anda tanpa meminta sebarang pembayaran. Bengkel akan membuat tuntutan pembayaran tersebut kepada Syarikat Takaful. TETAPI diingatkan bahawa anda perlulah sertakan covernote atau polisi Takaful anda bagi memudahkan urusan. ( Jika tiada, sila hubungi agent anda untuk dapatkan bantuan)
Yang kedua : Anda boleh pergi ke mana-mana bengkel sama ada panel atau pun bukan, dan kemudiannya baiki di sana. Anda hendaklah simpan semua RESIT yang terlibat supaya anda boleh claim semula daripada Syarikat Takaful (Reimbursement). Pastikan juga anda mengambil gambar CERMIN sebelum dan selepas dibaiki bagi memudahkan proses tuntutan tersebut.
- Sekiraya TIADA, anda perlulah menanggung kos pembaikan cermin itu SENDIRI atau jika anda ingin claim juga daripada Syarikat Takaful, NCD anda akan DITOLAK.
**Semoga perkongsian ini dapat membantu anda serba sedikit mengenai proses tuntutan windscreen.
No comments:
Post a Comment