Thursday 9 February 2017

\\ DRIVE SHAFT CEPAT ROSAK? //



Nama produk di atas ialah Drive Shaft.

Fungsinya adalah untuk memusingkan tayar.
Anggaran jangka hayatnya di antara 4 hingga 5 tahun bergantung kepada penggunaan kereta.

Kenapa drive shaft cepat rosak?
Drive Shaft ada satu cover getah yang dipanggil Drive Shaft Cover. Cover ini melindungi drive shaft daripada sebarang kekotoran seperti air dan pasir.

Cover ini diperbuat daripada getah. Jadi ia mempunyai risiko untuk terkoyak. Apabila terkoyak, kotoran mudah terkumpul dan minyak gris akan terkeluar.

Bila minyak gris tercampur kotoran, kepala drive shaft atau C.V Joint pula akan rosak.

Jadi perlu menukar Cover Drive Shaft dengan cepat jika terkoyak. Kalau tak, poket kita pulak yang koyak nak membayar kedua-duanya.


Apakah tanda-tanda drive shaft perlu ditukar?

Ianya perlu ditukar apabila sewaktu kita memusingkan stering kereta untuk membelok, ada satu bunyi seperti besi diketuk. Bunyinya macam TUK TUK TUK.

Adakalanya bajet kita tidak cukup untuk menggantikan Drive Shaft atau Drive Shaft Cover.

Dan kita membiarkan sahaja Drive Shaft ini berbunyi semasa membelok.

Risikonya adalah kereta kita akan tersadai di tepi jalan. Bila drive shaft telah hancur, kereta akan terhenti serta-merta walaupun kita berada di tengah jalan!

Sebab bila gear digunakan, secara automatiknya tayar akan berpusing. Tapi Drive Shaft dah hancur, macam mana nak pusingkan tayar?

So, bila tersadai, tiada cara lain melainkan ditarik ke bengkel.

Jadi, ingatkan mekanik untuk memeriksa Drive Shaft Cover apabila CikPuan dan Tuan menyelenggara kereta atau servis kereta CikPuan dan Tuan semua

Sumber : Rahim Auto Shah Alam

No comments:

Post a Comment