Saturday 9 April 2016

PERLINDUNGAN TAMBAHAN UNTUK INSURANS KERETA ANDA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!



Sis ada benda nak share dengan uolls hari ini. Sis nak share mengenai perlindungan tambahan untuk insurans kenderaan yang tak ramai orang tahu akan KEWUJUDANNYA.

Kereta saya rosak teruk akibat daripada banjir yang melanda baru-baru ini. Lepas dari situasi tu, saya pun terus ke insurans company kenderaan saya untuk mintak claim. Sampai je situ, mereka kata TAK BOLEH CLAIM!"

" Cermin depan kereta pecah sebab batu besar terkena cermin tersebut. Bila nak claim, insurans company kata TAK BOLEH. Kalau tak, kena tolak NCD!"

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap tahun kita akan renew insurans kenderaan dan juga roadtax. Selepas kita renew, polisi akan dihantar ke rumah kita oleh pihak insurans tersebut. Pernah tak kita tengok dan belek apa perlindungan yang kita ambil untuk kenderaan kita?

Kita kena ambil tahu apa yang manfaat yang kita ambil bagi memudahkan proses tuntutan akan datang. Kalau anda nak claim manfaat yang anda tak ambil, memang company takkan bagi. Selalunya orang ambil basic coverage sahaja untuk insurans kenderaan mereka. Nak perlindungan lebih, perlulah bayar lebih untuk manfaatnya.




ANTARA PERLINDUNGAN TAMBAHAN UNTUK KENDERAAN ANDA ADALAH:

1) Perlindungan Liabiliti Penumpang

  • Tuntutan daripada penumpang kenderaan anda terhadap anda akibat daripada kemalangan yang berlaku.
2) Konvulsi Alam

  • Apa-apa kemalanga, kerugian, atau kerosakan akibat daripada banjir, taufan, ribut, ledakan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, tanah gelincir atau konvulsi alam yang lain yang secara am TIDAK termasuk dalam sijil Takaful motor yang biasa.
3) Liabiliti Sah Penumpang di atas Perbuatan Cuai

  • Perlakuan cuai oleh penumpang yang menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada PIHAK KETIGA. Contohnya : salah seorang daripada penumpang anda membuka pintu kenderaan dan menyebabkan kecederaan kepada si pejalan kaki atau penunggan motosikal.
4) Pecah Cermin Tingkap atau Cermin Depan ( Windscreen )

  • Cermin depan atau tingkap berkecai atau pecah selain daripada punca kemalangan.
5) Mogok dan Kekecohan Awam

  • Sesuatu situasi yang huru-hara akibat mogok atau kekecohan awam yang menyebabkan kerosakan kepada kenderaan anda.


Nasihat sis kepada korang : Korang kena ambil tahu PERLINDUNGAN apa yang korang ambil supaya memudahkan proses tuntutan di kemudian hari.

Diharapkan perkongsian sis nie dapat membantu korang semua sedikit sebanyak.

Nanti sis buat perkongsian lain pulak ye?


Love :)

No comments:

Post a Comment