Thursday, 2 February 2017

\\ TIPS PENJAGAAN BATERI //



Tips penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum.
Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya.
Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.
Jenis Bateri Kereta.Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:

1. Bateri basah.
2. Bateri kering

Permasalahan utama bateri adalah pada terminal bateri.

Putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya.Cara untuk bersihkan adalah menerusi

1. Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
2. Satu sudu teh serbuk.
3. Satu cawan air.

Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.

credit to: Blogger Pekan

#ezroadtaxdotcom

No comments:

Post a Comment