Sudah berapa lama anda memandu kereta? Adakah anda alignment dan balacing tayar. Untuk pengetahuan anda, hal ini yang selalu membuatkan tayar anda cepat botak jika anda tidak selenggara.
Sebab tu sis kongsikan panduan ni sebab ianya sangat penting untuk anda tahu. Semoga bermanfaat.
Alignment dalam bahasa teknikal disebut car/handling/suspension geometry setting. Di mana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road. Allignment dibuat bergantung pada steering rack dan adalah disarankan setiap 3,000 hingga 5,000 km alignment perlu dibuat.
Alignment juga disebut sebagai adjust TOE untuk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang tetapi axle belakang tidak semua model boleh adjust, ia bergantung kepada sistem suspensinya. TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang ke dalam ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar).
Caster adalah setting yang menggunakan mesin tembak light antara kedua tayar supaya selari kemudian adjust nut untuk diselaras semula. Namun bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dari kilang dan tidak boleh diubah.
Camber pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dari pandangan hadapan sama ada dengan menambah screw camber yang boleh adjust. Jika tayar kereta kelihatan semakin terkangkang adalah disarankan melakukan camber adjust.
Tanda-tanda kemungkinan camber setting lari :
Mungkin langgar lubang yang kuat
Kalau tepi tayar kelihatan berbulu ( tayar makan sebelah )
Cuba pusing steering ke kiri dan ke kanan semasa kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, atau steering senget sebelah hendaklah anda hantar kereta ke bengkel tayar untuk pemeriksaan.
Selalunya standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dengan batang beralur dengan kepala bentuk segienam manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dengan alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dalam bentuk -0.5 degree camber
Balancing pula bermaksud imbangan tayar beserta rim. Ia adalah untuk memastikan putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar). Balancing tayar disarankan setiap enam bulan.
Ketika anda sedang membawa kereta dan steering bergegar, anda perlu buat balancing, mungkin sebab tayar berpusing tidak seragam. Selain itu steering gegar mungkin berkaitan sport rim dah bengkok.
Apa ciri-ciri yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)
#ezroadtaxdotcom
No comments:
Post a Comment