Salam Ceria :)
Takaful myMotor menyediakan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan kenderaan anda termasuk liabiliti pihak ketiga. Jenis perlindungan yang ditawarkan adalah:
- Perlindungan Komprehensif - Memberi perlindungan terhadap kecurian atau kerosakan kenderaan akibat perlanggaran yang tidak sengaja, terbalik, kebakaran, kerosakan hentaman dan kematian/kecederaan anggota badan pihak ketiga termasuk kehilangan atau kerosakan harta benda mereka semasa kemalangan.
- Perlindungan Pihak Ketiga – Membayar ganti rugi bagi pihak Peserta terhadap liabiliti undang-undang yang timbul daripada kecederaan anggota badan dan kerosakan harta benda pihak ketiga.
Apa yang unik tentang kami…Pengendali Takaful yang PERTAMA dan satu-satunya di negara ini yang memberi ganjaran secara konsisten kepada para pelanggan melalui Pulangan Tunai sebanyak 15%* sekiranya tiada tuntutan dibuat sepanjang tempoh perlindungan. Untuk perlindungan yang lebih meluas, anda boleh dapatkan perlindungan tambahan untuk:
-Kerosakan cermin depan
-Perlindungan liabiliti penumpang
-Bencana Khas seperti Banjir, Angin Ribut, Hujan Lebat, Taufan, ---Hurikan, Letupan Gunung Berapi, Gempa Bumi, Tanah Runtuh,
Gelinciran Tanah atau Penenggelaman Tanah
-Mogok, Rusuhan atau Kekecohan Awam
-Kemalangan Diri Motor (MPA)
Perkhidmatan khas kami untuk semua peserta, program Tele Bantuan, memberikan PERKHIDMATAN TUNDA PERCUMA dari tempat kemalangan ke bengkel panel Takaful Malaysia yang berhampiran, 24 jam sehari, di mana sahaja di Malaysia.
#ezroadtaxdotcom
No comments:
Post a Comment