Monday, 30 October 2017

TERUS KE MAHKAMAH JIKA DITANGKAP MEMANDU TANPA LESEN?

Apa pendapat anda berkenaan dengan headline yang saya berikan ni?




Tahukah Anda?

Pada mereka yang memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen, anda akan terus didakwa di mahkamah jika ditangkap atau didapati bersalah.

Jika sebelum ini individu yang bersalah hanya diberi saman, dengan undang-undang terbaru ini, pihak polis trafik tidak lagi bagi muka kepada mereka yang memandu/menunggang kenderaan tanpa lesen. Undang-undang ini telah dilancarkan pertengahan bulan lalu dan sudah beribu pesalah trafik telah dihadapkan ke mahkamah.

Tindakan drastik itu diambil selepas terlampau banyak kes melibatkan kesalah memandu/menunggang tanpa lesen ini dan angka kes itu meningkat setiap tahun. Pada tahun 2014 sahaja, 630,000 pengguna jalan raya disaman kerana memandu tanpa lesen. Kesalahan memandu tanpa lesen ini juga adalah penyumbang kemalangan jalan raya tertinggi setiap tahun.

“Disebbkan mereka memandu tanpa lesen, kami juga akan menyita kenderaan yang mereka bawa itu. Pemilik kereta itu nanti akan disaman sebanyak RM300 kerana membenarkan individu tanpa lesen memandu kenderaan mereka,” tambah Mahamad.

Ianya satu langkah yang baik untuk mengurangkan kemalangan jalan raya. Tetapi faktor harga lesen yang tinggi juga turut menjadi sebab mengapa ramai pengguna jalan raya tidak mempunyai lesen. Mungkin jika harga lesen diturunkan, lebih ramai yang berminat dan mampu untuk mendapatkan lesen mereka. 

Apa kata anda?

No comments:

Post a Comment