Tuesday, 28 February 2017

\\ TUKAR ATAU BAYAR SAMAN? \\




Salam Ceria :)

Bagi penggemar kenderaan, pengubahsuaian sudah menjadi sinonim untuk mereka bergaya di atas jalan raya. Mengubah spesifikasi no pendaftaran jenis huruf saiz huruf semakin berleluasa.

Anda mungkin dikenekan kompaun bergantung jenis kenderaan dan jenis pengubahsuaian. Bagi kenderaan 250cc keatas akan dikenakan kompaun sebanyak RM150 sehingga RM250.

Bagi motorsikal pula RM70 sehingga RM200. Jadi semak semula spesifikasi no pendaftaran anda seperti yang sis sediakan di bawah.

Semoga bermanfaat

#ezroadtaxdotcom

Monday, 27 February 2017

// FAKTA MENGENAI NCD KERETA //



Berikut merupakan turutan NCD kereta anda :

💰 Tahun Pertama : 0%

💰 Tahun Kedua : 25%

💰 Tahun Ketiga : 30%

💰 Tahun Keempat : 38.33%

💰 Tahun Kelima : 45%

💰 Tahun Keenam : 55%

👉 NCD kereta korang berapa ya? 😬

#ezroadtaxdotcom
#gengroadtax

Wednesday, 22 February 2017

\\ RISIKO BELI KERETA ATAS NAMA ORANG LAIN //




Salam Ceria :)

Dunia perniagaan ni adakala memberi impak yang positif ada juga yang memberikan impak positif. Dari apa yang sis tengok, orang lain mencari kesempatan untuk meraih keuntungan walau dengan cara menipu atau lain-lain.

Sis ada nyatak modus operandi yang menjadi hebahan dalam Berita Harian. Sis nasihatkan hati-hati dlam membeli kenderaan dengan orang lain. Semak latar belakang kenderaan terlebih dahulu. Semoga bermanfaat.

Sumber : Berita Harian

#ezroadtaxdotcom

Friday, 17 February 2017

\\ PERTAMA KALI NAK BELI KERETA BARU //

Salam Ceria :)

Sis nak kongsikan tips untuk mereka yang baru nak keluarkan kereta baru yang pertama. Bukan apa, kalau kita pandai adjust sikit boleh dapatkan 'sistem anak bulan'. Dapat free gift atau lain-lain. Selain itu, barangkali ada kes penipuan yang akan dituju kepada orang-orang yang baru ingin membeli kereta baru.

1. Buat kiraan harga keseluruhan harga termasuk harga insuran, kos daftar dan sebagainya.

2. Kadang-kadang ada juga seller yang ada diskaun untuk kereta baru. Tapi demi keuntungan yang tinggi. Mereka tidak menceritakan tentang hal rebat atau diskaun.

3. Kiraan bayaran bulanan berdasar kan interest bank harga kereta dan downpayment yang anda keluarkan. Pastikan gaji anda ada lebihan untuk perbelanjaan harian anda.

4. Sediakan dokumen yang diminta oleh bank.

5 Seterusnya menunggu green light daripada pihak bank atas kelulusan pinjaman kenderaan anda.

6. Kemudian tandatangan dokumen perjanjian sewa beli

7 . Pastikan kereta baru anda tidak kurang atau mungkin ada kecacatan sebelum anda bawa kereta anda keluar daripada pusat membeli tersebut'

Selamat Membeli

#ezroadtaxdotcom

Wednesday, 15 February 2017

\\ PANDUAN ALIGNMENT DAN BALANCING TAYAR //

Salam Ceria dari ezRoadtaxDotCom

Sudah berapa lama anda memandu kereta? Adakah anda alignment dan balacing tayar. Untuk pengetahuan anda, hal ini yang selalu membuatkan tayar anda cepat botak jika anda tidak selenggara.

Sebab tu sis kongsikan panduan ni sebab ianya sangat penting untuk anda tahu. Semoga bermanfaat.



Alignment dalam bahasa teknikal disebut car/handling/suspension geometry setting. Di mana dua tayar di depan diselaraskan untuk sama rata masa driving (maksudnya lurus kedepan) dan tayar belakang pula sama lurus dengan tayar depan supaya serentak semasa on the road. Allignment dibuat bergantung pada steering rack dan adalah disarankan setiap 3,000 hingga 5,000 km alignment perlu dibuat.


Alignment juga disebut sebagai adjust TOE untuk kesemua 4 tayar axle depan dan belakang tetapi axle belakang tidak semua model boleh adjust, ia bergantung kepada sistem suspensinya. TOE maksudnya adalah berapa banyak tayar terkangkang keluar atau masuk. TOE ada dua iaitu Toe in ( tayar terkangkang ke dalam ) dan Toe Out (tayar terkangkang keluar).



Caster adalah setting yang menggunakan mesin tembak light antara kedua tayar supaya selari kemudian adjust nut untuk diselaras semula. Namun bagi sesetengah kereta caster biasanya dah tetap dari kilang dan tidak boleh diubah.


 Camber pula adalah sebanyak mana tayar terkangkang keluar atau masuk dari pandangan hadapan sama ada dengan menambah screw camber yang boleh adjust. Jika tayar kereta kelihatan semakin terkangkang adalah disarankan melakukan camber adjust.

Tanda-tanda kemungkinan camber setting lari :

Mungkin langgar lubang yang kuat
Kalau tepi tayar kelihatan berbulu ( tayar makan sebelah )
Cuba pusing steering ke kiri dan ke kanan semasa kereta berhenti atau selekoh. Kalau rasa tak sama berat, contohnya kekanan lebih berat daripada kekiri, atau steering senget sebelah hendaklah anda hantar kereta ke bengkel tayar untuk pemeriksaan.

Selalunya standard screw camber specs kilang berbentuk bolt dengan batang beralur dengan kepala bentuk segienam manakala nut pula adalah pengikat, bentuk segienam dengan alur di tengah-tengahnya. fixed camber standard screw camber specs kilang dalam bentuk -0.5 degree camber




Balancing pula bermaksud imbangan tayar beserta rim. Ia adalah untuk memastikan putaran tayar beserta rim ini adalah seimbang pada paksi putarannya (pada hub tayar). Balancing tayar disarankan setiap enam bulan.

Ketika anda sedang membawa kereta dan steering bergegar, anda perlu buat balancing, mungkin sebab tayar berpusing tidak seragam. Selain itu steering gegar mungkin berkaitan sport rim dah bengkok.

Apa ciri-ciri yang anda rasa pada kereta anda jika sportrim bengkok :
1. Steering bergegar (stereng jadi gegar gile bila speed 110.)
2. Dashboard bergegar
3. Tayar berbonjol
4. Cermin tingkap bergegar
5. Satu kereta bergegar (paling teruk)

#ezroadtaxdotcom

Tuesday, 14 February 2017

\\ MASALAH-MASALAH AIRCOND //

Salam Ceria :)

Perasan tak aircond kereta kita kejap sejuk, kejap bahang. Kenapa eh? Itu bermakna aircond kita berada dalam masalah.

Macam mana nak kenal pasti aircond kita bermasalah?
Sini ada contoh masalah barangkali sama seperti permasalahan anda. Jom kita kenalpasti apa masalahnya.



1. Dalam perjalanan jauh, selepas beberapa ketika, aircon tak sejuk. Perkara ini berlaku kerana suis yang mengawal 'on' dan 'off' aircon tidak dapat berfungsi dengan baik atau injiap yang mengawal gas masuk ke dalam cooling coil rosak menyebabkan kemasukkan gas ke dalam cooling coil berlebihan dan menjadikan cooling coil beku atau ais terjadi hinggakan menghalang pengaliran gas keluar dan menyebabkan hanya sebahagian cooling coil yang sejuk dan sebahagian lagi panas. Sekiranya ini terjadi, berhentikan kereta anda selama beberapa ketika (sehingga tiada lagi ais di paip gas) dan laraskan thermostat ke suhu yang paling kurang sejuk. Sekiranya berlaku lagi, maksudnya, injap atau suis aircon anda perlu di tukar.


2. Hal ini berlaku kerana terdapat angin luar yang masuk ke dalam sistem saluran angin aircon kerta anda atau aircon anda telah terlalu lama tidak diservice hingga menyebabkan semua habuk dan basah telah berkulat dan mengeluarkan bau busuk.


3. Jika ini berlaku, maksudnya cooling coil anda telah mengalami kebocoran dan lama kelamaan gas akan habis dan angin aircon akan panas



4. Perkara ini biasanya berlaku kepada kereta-kereta yang diimport sepenuhnya (CBU) atau selepas aircon diservice. Tiada kerosakan sebenarnya kerana suhu aircon di kawal oleh satu suis yang meng 'on'kan dan meng'off'kan aircon kita secara automatik. Minta mekanik melaraskan suis ini supaya aircon lebih lama 'on'.


#ezroadtaxdotcom

Friday, 10 February 2017


⚠️ FREE HARGA INSURANS DAN ROAD TAX SEPANTAS 5 MINIT ⚠️
Kami agensi yang berdaftar bersedia membantu tugas remeh anda. Cabaran nak beratur panjang kat JPJ dan pembaziran cuti company hanya kerana nak renew roadtax dan insurans boleh kami settlekan dengan hanya hujung jari anda.
Biar kami yang uruskan kesibukan anda untuk renew roadtax.
PANTAS
⭐️ CEPAT
⭐️ HANYA 5 MINIT
Ya! Kami bagi FREE Quotation kereta anda sepantas 5 minit.
Anda tiada masa untuk call/sms/whatsapp? ☎️☎️
Biar kami yang hubungi anda dengan layanan yang mesra.
Tunggu apa lagi?
Dapatkan quotation insurans dan roadtax kereta anda di sini. ðŸš—🚗
SEKARANG!
Sila Hubungi Kami.
 PM 013-270 6844
 PM 013-270 6844
 PM 013-270 6844
Kami akan bantu anda segera! ðŸ’¨ðŸ’¨

Thursday, 9 February 2017

\\ DRIVE SHAFT CEPAT ROSAK? //



Nama produk di atas ialah Drive Shaft.

Fungsinya adalah untuk memusingkan tayar.
Anggaran jangka hayatnya di antara 4 hingga 5 tahun bergantung kepada penggunaan kereta.

Kenapa drive shaft cepat rosak?
Drive Shaft ada satu cover getah yang dipanggil Drive Shaft Cover. Cover ini melindungi drive shaft daripada sebarang kekotoran seperti air dan pasir.

Cover ini diperbuat daripada getah. Jadi ia mempunyai risiko untuk terkoyak. Apabila terkoyak, kotoran mudah terkumpul dan minyak gris akan terkeluar.

Bila minyak gris tercampur kotoran, kepala drive shaft atau C.V Joint pula akan rosak.

Jadi perlu menukar Cover Drive Shaft dengan cepat jika terkoyak. Kalau tak, poket kita pulak yang koyak nak membayar kedua-duanya.


Apakah tanda-tanda drive shaft perlu ditukar?

Ianya perlu ditukar apabila sewaktu kita memusingkan stering kereta untuk membelok, ada satu bunyi seperti besi diketuk. Bunyinya macam TUK TUK TUK.

Adakalanya bajet kita tidak cukup untuk menggantikan Drive Shaft atau Drive Shaft Cover.

Dan kita membiarkan sahaja Drive Shaft ini berbunyi semasa membelok.

Risikonya adalah kereta kita akan tersadai di tepi jalan. Bila drive shaft telah hancur, kereta akan terhenti serta-merta walaupun kita berada di tengah jalan!

Sebab bila gear digunakan, secara automatiknya tayar akan berpusing. Tapi Drive Shaft dah hancur, macam mana nak pusingkan tayar?

So, bila tersadai, tiada cara lain melainkan ditarik ke bengkel.

Jadi, ingatkan mekanik untuk memeriksa Drive Shaft Cover apabila CikPuan dan Tuan menyelenggara kereta atau servis kereta CikPuan dan Tuan semua

Sumber : Rahim Auto Shah Alam

Wednesday, 8 February 2017

\\ 5 Tabiat Buruk Yang Boleh Menyebabkan Petrol Cepat Kering //

1 - Mengira untuk mengisi penuh tangki kereta

Ruang kosong di dalam tangki kereta boleh memberi ruang kepada proses evaporasi untuk berlaku, seterusnya menyebabkan pembaziran petrol kerana wap-wap gas dalam tangki boleh terkeluar dari kereta.

2 - Selalu mengabaikan pemeriksaan tekanan angin tayar

Tekanan tayar yang sempurna boleh memberikan lebih kilometer untuk setiap titisan petrol anda. Tekanan tayar yang tidak sempurna boleh menyebabkan kereta memerlukan lebih tenaga untuk bergerak.

Pengguna dinasihatkan agar memeriksa tekanan angin sebulan sekali.

3 - Selalu tekan pedal minyak sampai ke lantai.

Lebih kuat anda tekan pedal minyak, lebih cepat petrol habis.

Jadi untuk menjimatkan petrol, biarkan kereta anda memecut secara natural. RPM yang terbaik untuk penjimatan adalah antara 2,000 - 2,500. Jika lebih, ia mungkin boleh menyebabkan pembaziran tenaga.

4 - Buka tingkap ketika memandu lebih 80+km/j
Menurut jurnalis automotif, Christopher Neiger, memandu pada kelajuan 88km/j sambil membuka tingkap boleh menyebabkan penurunan 20% atau lebih terhadap keefisyenan pembakaran petrol.

Jadi, gunakan pendingin hawa ketika memandu pada kelajuan ini.

5 - Selalu meletakkan kenderaan di bawah terik matahari.
Apabila kereta diletakkan dibawah sinaran terik matahari, akan berlaku proses evaporasi di dalam tangki petrol sehingga menyebabkan hawa-hawa gas petrol terkeluar dari kereta.

Juga, pastikan penutup petrol diputar sehingga kemas supaya gas petrol tidak terkeluar dari tangkinya.

Satu lagi, pastikan kereta diservis pada jadual yang ditetapkan. Minyak hitam dan penapis udara yang kotor juga boleh menyebabkan petrol lebih cepat habis.

Credit to : Siakap Keli

Tuesday, 7 February 2017

ELAKKAN PEMANDUAN SEPERTI INI

Salam Ceria :)

Sis tertarik dengan video ni. Sebab sis sendiri pon pernah buat perkara yang sama. Selepas sis tengok video ni. Sikik sebanyak sis dapat buang tabiat penggunaan gear seperti. Sis yakin korang pon pernah lakukan hal macam ni.
Hal macam mana tu?
Mehh tengok video ni. Tak rugi pon tengok.

#ezroadtaxdotcom



Monday, 6 February 2017

\\ KENALI SIMBOL PADA METER ANDA //

screen-shot-2016-07-18-at-11-07-36-am-1
Sumber: Mentalfloss.com Oleh: Aimi Nordin
Kebanyakkan dari kita tak tahu semua mengenai kereta. Mungkin sesetengah orang hanya tahu perkara asas sahaja namun tak mustahil ada yang tak tahu langsung. Hanya tahu bawa dan isi minyak kereta. Jadi sebenarnya penting sangat-sangat untuk kita tahu setiap fungsi kereta yang ada pada dashboard kereta kita.
Tapi perlu diingatkan tak semua kereta ada semua simbol.
1. Temperature Enjin
8_14
Apa maksudnya? Maksudnya, enjin kereta anda dah terlalu panas.
2. Tekanan Tayar
9_12
Maksudnya tekanan tayar anda tak sama balance. Mungkin ada tayar yang kurang angin.
3. Tekanan Minyak 
10_7
Maksudnya minyak pada enjin anda kurang, atau pun ada masalah pada sistem minyak enjin.
4. Kawalan Cengkaman
11_6
Maksudnya cengkaman kawalan tayar kereta anda tak berfungsi dengan baik dan boleh membahayakan
5. Amaran Enjin
13_6
Banyak sebab yang boleh menyebabkan simbol ni akan berkelip-kelip. Jadi jangan ambil mudah bila ia berkelip.
6. Kunci Anti Break 
14_5
Maksudnya ada masalah pada sistem break anti lock anda yang anda kena check
7. Automatic Shift Lock dan Engine Start Indicator 
15_3
Maksudnya anda perlu menekan break untuk start enjin atau pun tukar ke neutral
8. Bateri 
16_4
Maksudnya bateri kereta anda dah semakin lemah
9. Minyak 
17_4
Ini bermaksud anda semakin kehabisan minyak. Fun fact ! Ada simbol anak panah pada sebelahnya yang menunjukkan di mana tempat buka gas kereta anda.
10. Tali Pinggang 
18_4
Ini adalah peringatan supaya anda memakai tali pinggang. Jangan sampai telinga dah bingit dengar bunyi ni tapi masih taknak pakai!
11. Airbag
19_2
Ada masalah pada salah satu airbag dalam kereta anda atau mungkin sistem airbag secara keseluruhannya.
12. Lampu Kabus
20_4
Tahu tak lampu kabus tu apa? Hehe simbol ni maksudnya lampu kabus anda terpasang.
13. Air pada wiper
23_1
Maksudnya anda kena refill air untuk wiper!
Jadi lepas ni tak ada alasan tak tahu apa maksud simbol kat dashboard meter tu okay?

Thursday, 2 February 2017

\\ TIPS PENJAGAAN BATERI //



Tips penjagaan kereta kali ini akan memberikan penekanan terhadap isu bateri kereta. Untuk menghidupkan enjin, bateri kereta kita perlu berada pada tahap yang optimum.
Bateri yang lemah akan menyukarkan kita untuk menghidupkan enjin. Dalam masa sama, ia akan meningkatkan risiko untuk kereta tiba-tiba rosak ketika sedang memandu di jalan raya.
Secara tidak langsung, ia akan melibatkan kos yang tinggi untuk memulihkan kereta.
Jenis Bateri Kereta.Terdapat dua jenis bateri kereta yang digunakan, iaitu:

1. Bateri basah.
2. Bateri kering

Permasalahan utama bateri adalah pada terminal bateri.

Putih ini adalah kesan-kesan yang kita dapat lihat pada terminal bateri. Penting untuk kita bersihkannya.Cara untuk bersihkan adalah menerusi

1. Bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik / baking powder).
2. Satu sudu teh serbuk.
3. Satu cawan air.

Apabila bancuhan ini dibilas pada terminal bateri, maka kita akan lihat munculnya buih-buih di sekeliling. Buih ini akan hilang sekali dengan kesan debu putih. Selepas itu, pastikan kita ketatkan ikatan kepala bateri dan bilas dengan air biasa.

credit to: Blogger Pekan

#ezroadtaxdotcom