Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!
Sis nak share satu cerita dengan korang. Pagi tadi, sis emailkan quotation untuk insurans kenderaan seorang client sis nie. Then, dia tanya sis, NCD tu apa ye? Haa..orang lelaki selalunya tahu mengena NCD nie. Orang perempuan je yang kurang ambil tahu mengenai NCD. hehe.. Jangan risau. Sis dulu pun sama jugak. :)
Meh sis share dengan korang mengenai NCD nie...
NCD dengan NCB adalah benda yang sama. NCD bermaksud Non Claim Discount dan NCB pula bermaksud Non Claim Bonus. Sama sahaja fungsinya.
Apakah yang dimaksuudkan dengan NCD?
Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan, NCD anda akan meningkat.
Berikut merupakan peratusan NCD :
Tahun pertama = 25%
Tahun kedua = 30%
Tahun ketiga = 38.33%
Tahun keempat = 45%
Tahun kelima = 55%
Minimum peratusan NCD adalah 25% dan maksimum NCD adalah 55%.
Ada jugak yang risau kalau tukar insurans company, takut NCD akan berkurangan. Untuk pengetahuan korang, NCD anda takkan berkurangan disebabkan tukar insurans company. Ianya akan berkurangan kalau anda membuat tuntutan SAHAJA.
Ada rasa bijak pandai sikit tak??hehe :)
Nanti sis akan share lagi pasal insurans kenderaan dalam entry yang lain pulak.
Kadang-kadang sis takde masa nak update blog.So korang boleh je follow kat facebook page sis.
Fb Page & Instagram : Roadtax Mudah Dot My
Tata titi tutu :)
No comments:
Post a Comment