Friday, 15 April 2016

MILIKI ROADTAX SETAHUN SECARA PERCUMA!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Hari ni sis rasa happy sangat sebab dapat celebrate birthday mummy sis. Sis nak share kegembiraan sis dengan korang. Dengan itu sis nak HADIAHKAN roadtax setahun kepada uollss!




Bagaimana cara nak dapatkan roadtax PERCUMA nie?


MUDAH sahaja!


1) LIKE page ezroadtax.com.

2) SHARE post tersebut dan TAG 3 orang rakan anda yang roadtax nya akan tamat pada bulan April dan May ini.


2 orang pemenang BERTUAH akan mendapat roadtax daripada ezroadtax.com secara percuma untuk SATU TAHUN setelah sis komen STOP pada posting tersebut.


**pemenang dapat roadtax percuma dengan syarat kenderaan pemenang hendaklah bawah 1600cc.


Jom mencuba beramai-ramai!


website : www.pejuangtakaful.com
fb page : ezroadtax.com

Saturday, 9 April 2016

ADUHAII! WINDSCREEN PECAH PULAK..APA NAK BUAT NIE?

Alamak!!
Windscreen pecah??
Windscreen retak??
Apa nak buat nii??
Jangan panik kawan-kawan..semua boleh settle InsyaAllah.




Pertama sekali anda mesti tahu apa itu 'windscreen'?

Windscreen adalah  cermin menahan angin atau lebih dikenali sebagai cermin hadapan.

Dalam Takaful kenderaan, terdapat satu manfaat yang dinamakan perlindungan windscreen.

Ianya meliputi cermin sisi, cermin belakang juga dalam manfaat ini. Ini bermaksud sekiranya cermin tersebut pecah atau retak, pihak Syarikat Takaful akan memberikan perlindungan terhadap kos pembaikan tersebut.


PERKARA YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA CERMIN ANDA PECAH ATAU RETAK :

Semak kembali polisi anda untuk tahu sama ada anda ada ambil manfaat perlindungan windscreen atau tidak.

  • Sekiranya ADA, anda boleh membuat tuntutan dengan dua cara ini
          Yang pertama : Anda boleh pergi ke mana-mana bengkel panel syarikat Takaful anda dan buat tuntutan disitu. Bengkel tersebut akan membaik pulih cerrmin anda tanpa meminta sebarang pembayaran. Bengkel akan membuat tuntutan pembayaran tersebut kepada Syarikat Takaful. TETAPI diingatkan bahawa anda perlulah sertakan covernote atau polisi Takaful anda bagi memudahkan urusan. ( Jika tiada, sila hubungi agent anda untuk dapatkan bantuan)


Yang kedua : Anda boleh pergi ke mana-mana bengkel sama ada panel atau pun bukan, dan kemudiannya baiki di sana. Anda hendaklah simpan semua RESIT yang terlibat supaya anda boleh claim semula daripada Syarikat Takaful (Reimbursement). Pastikan juga anda mengambil gambar CERMIN sebelum dan selepas dibaiki bagi memudahkan proses tuntutan tersebut.


  • Sekiraya TIADA, anda perlulah menanggung kos pembaikan cermin itu SENDIRI atau jika anda ingin claim juga daripada Syarikat Takaful, NCD anda akan DITOLAK.


**Semoga perkongsian ini dapat membantu anda serba sedikit mengenai proses tuntutan windscreen.

Boleh LIKE facebook page : Roadtax Mudah Dot My untuk dapatkan perkongsian yang lain.




          

PERLINDUNGAN TAMBAHAN UNTUK INSURANS KERETA ANDA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!



Sis ada benda nak share dengan uolls hari ini. Sis nak share mengenai perlindungan tambahan untuk insurans kenderaan yang tak ramai orang tahu akan KEWUJUDANNYA.

Kereta saya rosak teruk akibat daripada banjir yang melanda baru-baru ini. Lepas dari situasi tu, saya pun terus ke insurans company kenderaan saya untuk mintak claim. Sampai je situ, mereka kata TAK BOLEH CLAIM!"

" Cermin depan kereta pecah sebab batu besar terkena cermin tersebut. Bila nak claim, insurans company kata TAK BOLEH. Kalau tak, kena tolak NCD!"

Seperti yang kita semua sedia maklum, setiap tahun kita akan renew insurans kenderaan dan juga roadtax. Selepas kita renew, polisi akan dihantar ke rumah kita oleh pihak insurans tersebut. Pernah tak kita tengok dan belek apa perlindungan yang kita ambil untuk kenderaan kita?

Kita kena ambil tahu apa yang manfaat yang kita ambil bagi memudahkan proses tuntutan akan datang. Kalau anda nak claim manfaat yang anda tak ambil, memang company takkan bagi. Selalunya orang ambil basic coverage sahaja untuk insurans kenderaan mereka. Nak perlindungan lebih, perlulah bayar lebih untuk manfaatnya.




ANTARA PERLINDUNGAN TAMBAHAN UNTUK KENDERAAN ANDA ADALAH:

1) Perlindungan Liabiliti Penumpang

  • Tuntutan daripada penumpang kenderaan anda terhadap anda akibat daripada kemalangan yang berlaku.
2) Konvulsi Alam

  • Apa-apa kemalanga, kerugian, atau kerosakan akibat daripada banjir, taufan, ribut, ledakan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh, tanah gelincir atau konvulsi alam yang lain yang secara am TIDAK termasuk dalam sijil Takaful motor yang biasa.
3) Liabiliti Sah Penumpang di atas Perbuatan Cuai

  • Perlakuan cuai oleh penumpang yang menyebabkan kerugian atau kerosakan kepada PIHAK KETIGA. Contohnya : salah seorang daripada penumpang anda membuka pintu kenderaan dan menyebabkan kecederaan kepada si pejalan kaki atau penunggan motosikal.
4) Pecah Cermin Tingkap atau Cermin Depan ( Windscreen )

  • Cermin depan atau tingkap berkecai atau pecah selain daripada punca kemalangan.
5) Mogok dan Kekecohan Awam

  • Sesuatu situasi yang huru-hara akibat mogok atau kekecohan awam yang menyebabkan kerosakan kepada kenderaan anda.


Nasihat sis kepada korang : Korang kena ambil tahu PERLINDUNGAN apa yang korang ambil supaya memudahkan proses tuntutan di kemudian hari.

Diharapkan perkongsian sis nie dapat membantu korang semua sedikit sebanyak.

Nanti sis buat perkongsian lain pulak ye?


Love :)

Friday, 8 April 2016

NCD TU APA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!



Sis nak share satu cerita dengan korang. Pagi tadi, sis emailkan quotation untuk insurans kenderaan seorang client sis nie. Then, dia tanya sis, NCD tu apa ye? Haa..orang lelaki selalunya tahu mengena NCD nie. Orang perempuan je yang kurang ambil tahu mengenai NCD. hehe.. Jangan risau. Sis dulu pun sama jugak. :)


Meh sis share dengan korang mengenai NCD nie...








NCD dengan NCB adalah benda yang sama. NCD bermaksud Non Claim Discount dan NCB pula bermaksud Non Claim Bonus. Sama sahaja fungsinya.


Apakah yang dimaksuudkan dengan NCD?
Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan sepanjang tempoh perlindungan, NCD anda akan meningkat.


Berikut merupakan peratusan NCD :

Tahun pertama = 25%
Tahun kedua = 30%
Tahun ketiga = 38.33%
Tahun keempat = 45%
Tahun kelima = 55%


Minimum peratusan NCD adalah 25% dan maksimum NCD adalah 55%.


Ada jugak yang risau kalau tukar insurans company, takut NCD akan berkurangan. Untuk pengetahuan korang, NCD anda takkan berkurangan disebabkan tukar insurans company. Ianya akan berkurangan kalau anda membuat tuntutan SAHAJA.


Ada rasa bijak pandai sikit tak??hehe :)



Nanti sis akan share lagi pasal insurans kenderaan dalam entry yang lain pulak.


Kadang-kadang sis takde masa nak update blog.So korang boleh je follow kat facebook page sis.


Fb Page & Instagram : Roadtax Mudah Dot My


Tata titi tutu :)