Nasib baik ada mak mentua. Kalau tak, takde siapa nak amek Roadtax tu. Hihi. Sayang mak mentua lebih dak?
Bila runner roadtax dah sampai depan rumah, tapi pemilik kete takde kat rumah. Mak mentua lah jawapnya yang amek roadtax tu. Jadi ler daripada takde orang kan?
Tips yang kami nak bagi pada korang yang menggunakan servis Ezroadtax.com :
1) Pastikan Ada orang yang boleh amek roadtax di rumah jika anda mahu roadtax dihantar ke rumah. Tak kesah lah mak mentua ke adik ipar ke. Yang penting, boleh amek roadtax.
2) Kalau ada no tak dikenali yang call anda sebelum anda dapat roadtax tu, sila lah angkat. Sebab berkemungkinan ianya adalah panggilan daripada runner kami. Kadang kadang ada masalah dengan alamat ke, takde orang nak amek roadtax ke.
Dua dua tips nie kalau anda boleh berikan kerjasama, InsyaAllah memudahkan urusan dan tiada masalah untuk anda dapatkan roadtax anda.
Ada yang nak renew insurans dan roadtax kereta ke? Mai PM tepi.