Saturday, 21 January 2017

// ROADTAX LUPUT DUA BULAN SEBELUM //


.
"Boleh ke sy renew roadtax sy skrg?"
.
"Boleh. Roadtax boleh direnee dua bulan sebelum expiry date. Senang takde lah nak rushing bila last minute kan?"
.
.
Yeayyy! Satu lagi customer Ezroadtax.com yang dah dapat roadtax dia pada hari ini. Bagus orangnya sebab belum tamat lagi roadtax, dia dah renew sesiap.
.
.
Terima kasih Bro kerana menggunakan servis Ezroadtax.com!

Friday, 20 January 2017

\\ PAM ANGIN DENGAN BETUL //





Pengguna wajar memastikan angn tayar kereta sentiasa mencukup. Angin tayar yang mencukupi bukan sahaj memastikan keseleamatan kenderaan malah boleh menjimatkan minyak.

Periksa sendiri tekanan setiap 2 minggu dan jadikannya ia WAJIB!

Kalau ada pressure gauge sendiri lebih baik (boleh beli yg bentuk mcm pen tu murah jer..) pressure tester  yang menunjukkan sampai aras "3" tekanan angin tayar sudah dikira mencukupi.

(Pressure Gauge)
Tekanan angin tayar untuk kereta 1.3 cc & 1.5 cc = 190 hingga 230 kpa, contohnya kalau rim 15' tayar 55 siri. (Standard Gen.2 r waja) Tayar depan isikan 210/3o dan tayar belakang pula 190/29. Kalau kereta perodua kancil boleh diisi dalam lingkungan 180-200 kpa.

Tips: Jangan mengepam tayar semasa tayar masih panas Ini akan membuatkan bacaan tekanan anda menjadi tidak tepat

Yang pasti kebanyakkan orang mengisi angin tayar kereta dengan tekanan 210 kpa..

Dengan tekanan tayar yang betul pemanduan menjadi lebih effisien dari segi bawan api dan berat penumpang dan sebagainya

TIPS TAMBAHAN

Peralatan yang diperlukan :
1- Pengukur tekanan tayar.
2- Pam Udara /Pemampat

Tips-tips :
1- Hanya periksa tekanan tayar kereta anda apabila tayar sejuk. Jika anda baru lepas berjalan sejauh 1     kilometer, bacaan tidak akan tepat.
2- Secara purata, tayar kereta anda pasti akan kehilangan angin sebanyak beberapa pound setiap bulan. Oleh itu, disarankan agar tayar kereta anda diperiksa sebulan sekali.

Cara-cara :

Langkah 1 : Beli pengukur tekanan tayar untuk mengukur tekanan dalam tayar kereta anda.

Secara amnya, dial-type lebih tepat ukurannya berbanding pencil-type
Buy a tire pressure gauge to check the pressure in your tires.

Langkah 2 : Gunakan pam basikal atau pergi ke stesen minyak berhampiran rumah anda.
Pastikan tayar kereta anda dalam kenderaan sejuk (jika memandu lebih daripada 2 kilometer)
Use a manual floor pump such as a bicycle pump (schrader-valve compatible) or go to your nearest gas station.

Langkah 3 : Rujuk kepada manual kereta anda atau pada pintu sebelah pemandu untuk meilhat tekanan tayar yang disyorkan.
Sesetengah kenderaan memerlukan jumlah tekanan yang sama bagi setiap tayar, tetapi tayar depan dan belakang selalunya berbeza jumlah tekanan.
Consult your car's manual or your driver-side doorpost for the recommended tire pressures.

Langkah 4 : Tambah angin jika kurang daripada yang diperlukan, atau Buang angin jika lebih daripada yang diperlukan.
 Tekan pin ditengah pada batang injap dengan kuku atau apa-apa peralatan.
Add air if the reading is lower than it should be, or bleed air if the reading is higher than it should be.

Langkah 5 : Gantikan penutup batang injap.
Ulang setiap langkah bagi setiap tayar.

credit to: sembang Eh Sembang

Thursday, 19 January 2017

\\ TIPS PEMASANGAN SISTEM RADIO //




                                                           
Salam Ceria,
Harini sis nak kongsikan tips mengenai sistem radio. Satu sis nak pesan, hati-hati dalam pemasangan sistem radio ni. Sis ada dapat maklumat salah satu punca kereta terbakar adalah kerana sistem radio.

Jom kenali komponen-komponen radio kereta anda.
Semoga bermanfaat.

http://firestartingautomobil.blogspot.my/2011/07/tip-pasang-audio-sound-sistem-kereta.html

Tuesday, 17 January 2017

\\ PERBEZAAN WARNA DAN JENIS CAT //



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pemilihan warna sesebuah kereta kini amat penting. Maka tidak hairanlah terdapatnya pelbagai warna ditawarkan oleh pihak pengeluar untuk menarik perhatian pembeli.

Bukan sekadar warna, jenis cat yang digunakan juga memainkan peranan yang penting dalam menepati kehendak dan citarasa.

Ini adalah kerana perbezaan jenis-jenis cat ini mampu menukar penampilan dan menyerlahkan sesebuah kereta. Ianya juga menjadi perbandingan ketara bagi kenderaan biasa dengan yang mewah. Oleh itu setiap jenis cat yang digunakan juga mempengaruhi status dan harga sesebuah kereta.

Kini terdapat empat jenis cat untuk kenderaaan yang paling biasa digunakan. Jom kita kenalinya satu persatu:
1. Cat Warna Solid (Solid paint)
Ianya merupakan pilihan jenis cat yang paling murah harganya. Ianya adalah cat asas tanpa sebarang campuran. Cat solid ini hanya disaluti lcquer coat (clear coat) di atasnya sebagai satu lapisan penghalang dari kesan calar dan cuaca.

Namun kini kebanyakan pembuat kereta menggunakan cat solid ini tanpa clear coat. Ini berikutan cat solid ini menggunakan campuran cat acrylic bersama dengan isocynate yang menjadikan lebih melekat, kuat dan tahan lama. Kos proses juga dapat dikurangkan.

Warna cat solid agak kurang menarik kerana ianya tidak berkilat dan bersinar. Oleh itu pilihan warnanya juga tidak banyak. Paling biasa digunakan adalah warna putih, merah, biru dan kuning.

Sebarang baik pulih pula amat mudah dan murah bagi cat solid ini. Namun begitu, warna solid amat sukar bertahan lama. Ianya mudah kusam dan pudar disamping amat sukar untuk dicuci.

2. Cat Warna Metalik (Metallic Paint)
Cat Metalik ini berbeza sedikit sahaja dari cat solid di mana ianya mengandungi serbuk metal (metal powder). Yang membezakan jenis, harga dan kualiti cat metallik ini adalah jenis, saiz serta kuantiti serbuk metal yang dicampurkan dalam cat tersebut.

Serbuk metal inilah yang memberikan warna cat tersebut bersinar dan berkilat. Berikutan itu harganya juga sedikit mahal berbanding cat solid. Biasanya pengeluar kereta tempatan meletakkan harganya lebih RM400 ~ RM500 berbanding kereta bercat solid. Namun kualiti cat metalik tersebut hanyalah pada tahap normal sahaja.

Kereta bercat metalik mudah dijaga dan dicuci serta dapat mengekalkan keaslian warna dengan lebih lama. Kesan calar yang kecil juga sukar kelihatan pada cat metalik. Pilihan warna juga amat banyak dan pelbagai. Boleh dikatakan ianya adalah pilihat cat yang paling banyak digunakan tanpa mengira jenis dan status pemilik kenderaan tersebut.

Yang selalunya menjadi masalah adalah agak sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama andai ingin melakukan baik pulih.
2. Cat Warna Metalik (Metallic Paint)
Cat Metalik ini berbeza sedikit sahaja dari cat solid di mana ianya mengandungi serbuk metal (metal powder). Yang membezakan jenis, harga dan kualiti cat metallik ini adalah jenis, saiz serta kuantiti serbuk metal yang dicampurkan dalam cat tersebut.

Serbuk metal inilah yang memberikan warna cat tersebut bersinar dan berkilat. Berikutan itu harganya juga sedikit mahal berbanding cat solid. Biasanya pengeluar kereta tempatan meletakkan harganya lebih RM400 ~ RM500 berbanding kereta bercat solid. Namun kualiti cat metalik tersebut hanyalah pada tahap normal sahaja.

Kereta bercat metalik mudah dijaga dan dicuci serta dapat mengekalkan keaslian warna dengan lebih lama. Kesan calar yang kecil juga sukar kelihatan pada cat metalik. Pilihan warna juga amat banyak dan pelbagai. Boleh dikatakan ianya adalah pilihat cat yang paling banyak digunakan tanpa mengira jenis dan status pemilik kenderaan tersebut.

Yang selalunya menjadi masalah adalah agak sukar untuk mendapatkan warna yang benar-benar sama andai ingin melakukan baik pulih.
4. Cat Kemasan Kusam/Mati (Matte Finishes)
Ianya jenis cat yang tidak sesuai digunakan oleh semua jenis kenderaan kerana boleh merubah penampilan kereta kelihatan buruk dan tidak menarik. Warna cat sebegini lebih sesuai bagi kenderaan berprestasi tinggi atau mempunyai rekabentuk yang sporty.

Biasanya pilhan warna matte ini adalah hitam hitam atau kelabu. Ianya kelihatan kusam tanpa kelihatan berkilat atau bersinar. Ini kerana sama ada kandungan epoxy atau kandungan PVC yang tinggi di dalam campuran cat tersebut.

Warna matte ini sangat mahal, sehingga melebihi RM10K jika mahukan kualiti yang terbaik kerana ianya memerlukan kemahiran yang tinggi berbanding mengecat menggunakan cat biasa. Penjagaannya juga amat cerewet dan sebarang calar atau kesosakan akan jelas kelihatan. Malah untuk baik pulih juga begitu sukar.

Jenis Dan Warna Cat Kereta Pilihan Anda

Setiap orang punya citarasa dan warna kegemaran. Kadangkala untuk memenuhi kehendak dan citarasa tersebut, ada yang tidak kisah tentang harga selagi mereka berkemampuan. Mungkin juga salah satu sebab lain adalah kerana mahukan perbezaan dan perhatian.

Harga cat sebuah kereta berwarna perak boleh mencecah harga lebih RM20K namun jika mahukan cat berwarna Liquid Metal, ianya boleh mencecah sehingga RM100K. Manakala yang paling mahal pernah dicatatkan adalah harga cat sebuah Bugatti Veyron yang bernilai melebihi RM800K hanya untuk cat kemasan berwarna carbon fibre!

Semoga dengan sedikit informasi ini dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan untuk anda dalam mengenali perbezaan warna dan jenis cat pada sesebuah kereta.

Credit to : relaksminda.com

#ezroadtaxdotcom

Friday, 13 January 2017

\\ PERJALANAN JARAK JAUH //




Salam Ceria.
Dihari jumaat yang mulia ni. Mana lah tahu kot-kot ada yang berhajat nak pulang ke kampung halaman ke. Harini sis nak kongsikan satu tips.
\\ PEMERIKSAAN UNTUK JARAK JAUH //
Tips-tips periksa kereta untuk perjalanan jauh atau pun dekat
Tips-tips nak buat periksa kereta
Kat sini aku bagikan secara ringkas antara tips-tips nak periksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan yang jauh. Apa yang penting untuk perjalanan jauh ni korang
#JAR1 Pemeriksaan Keadaan Minyak Petrol/ Diesel
Periksa indicator minyak. Untuk jalan jauh sila pastikan minyak terisi penuh atau sekurang2nya separuh tank.. Kalau tak macam mana nak jalan jauh dengan lancar
..............................................................................
#JAR2
Pemeriksaan Keadaan Minyak enjin..
Dapatkan minyak Enjin Platinum Sekarang. . 😁
..............................................................................
DAPATKAN MINYAK ENJIN PLATINUM OIL DARIPADA SAYA JAILANI.. SILA WHATSAPP 0183271101
..............................................................................
Cabut dipstick dan bersihkan, Pasang kembali distick semula. Kemudian angkat kembali dipstick dan periksa ketinggian minyak hitam harus berada pada level min dan max.Tambahkan minyak enjin jika level minyak berada di bawah tanda min
#JAR3
Pemeriksaan kandungan Minyak Brake
Periksa level minyak brake pada tabung harus berada diantara min dan max. tambahkan jika kurang. Hati-hati jangan sampai minyak brake tumpah ke body kendaraan, bersihkan dengan air jika minyak brake menitis pada body.
#JAR4
Pemeriksaan Minyak Power Stering
Periksa level minyak power steering pada tabung harus diantara Min dan Max tambahkan jika kurang.juga periksa keadaaan minyak power steering (warna keemasan = ok , warna gelap =ganti).
#JAR5
Pemeriksaan Air Radiator (coolant)
Periksa jumlah air radiator pada tangki cadangan. Jumlah air radiator harus berada pada aras min dan max, tambahkan jika kurang.Buka tutup radiator dan periksa jumlah air radiator harus penuh, tambahkan jika kurang (*jangan membuka tutup radiator pada saat enjin panas). Jangan isi banyak lepas dari aras nanti air coolent melimpah keluar
#JAR6
Pemeriksaan fungsi Wiper
Buka tutup pengisian air wiper (tutup tabung/tangki air bertanda khusus atau bertuliskan washer fluid only), isi sampai penuh kemudian tutup kembali.
* untuk mencegah tersumbatnya nozzle gunakan air suling atau air minerel. kerana air ni tak ade klorin ..
* jika naktambah sabun cairan pembersih Windshield Washer Fluid lagi bagus
#JAR7
7)Periksa Getah wiper
Periksa Getah wiper kalau ade kerosakkan. Onkan Motor wiper pancutkan air pada nozzle lihat pergerakkan wiper lancar atau tidak.
#JAR8
Pemeriksaan Aircon sistem
Hidupkan temperature max dingin dan max blower. Periksa kipas pendingin condenser harus berputar, kemudian periksa sign glass kondisi tidak boleh terdapat buih udara didalamnya.kalau berbuih2 itu tandanya gas dah nak habis... atau terdapat kebocoran gas berlaku pada pipe..
* Sign glass adalah kaca transparan yang terdapat pada pipe AC, untuk melihat refrigerant.
Periksa suhu hembusan angin dengan tangan.ada rasa tak wap aircon kat tapak tangan..
Pemeriksaan Drive Belt, Aircon Belt dan kipas berfungsi
Drive belt adalah tali penggerak dari enjin memutar komponen tambahan antara lain pully air con, kipas radiator, alternator, dan compressor AC. Drive belt tengok lah kalau kat tepi2 belt dah berbenang dan berbulu2 tu tandanya dah sepatutnya tukar .On kan enjin Periksa fungsi kipas berjalan lancar…
#JAR9
Pemeriksaan Keadaan Tayar
Tip mudah mengesan kehausan tayar Ambil duit 20 sen letakkan di antara celah-celah jalur tayar tersebut.. lihat jika tulisan "sen" anggaran tak nampak (kedalaman 1.6mm) ini bermakna bunga tayar masih elok.. tetapi jika tu

Thursday, 12 January 2017

MUDAH JE JAGA AIRCOND.




Hi Salam Ceria 💃🏻

📌 KENALI ASAP ANDA 📌

Sis ada info nak dikongsikan harini, iaitu tentang asap kereta. Asap kereta sis sedikit biru. Asap korang ? Hitamm ? Ishh Ishh Ishh 💨

Meh Baca ni👇🏼

Adakah asap kereta anda TIDAK BERWARNA atau sedikit BIRU ?
🔹 Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat.

Jika asap berwarna KUNING atau COKLAT,
🔹 Bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Asap berwarna HITAM
🔹 Bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna kerana terlalu banyak petrol yang masuk.

Asap berwarna PUTIH atau KEBIRU-BIRUAN
🔹 Bermakna minyak pelincir ikut terbakar (di dalam Selinder Enjin)

Semoga Bermanfaat 👏🏻

#ezroadtaxdotcom